Kadar levi lanjutan pekerja asing diturunkan



PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju menurunkan kadar levi lanjutan bagi pekerja asing berkuat kuasa 1 Mac ini hingga 29 Februari tahun depan, sebagai usaha meringankan beban majikan.


Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata ia adalah untuk sementara waktu dalam tempoh setahun.

“Demi memberikan satu lagi pilihan dan kelonggaran kepada industri, Jemaah Menteri pada mesyuarat 20 Februari lalu bersetuju supaya kadar levi lanjutan bagi pekerja asing diturunkan berkuat kuasa 1 Mac ini buat sementara waktu untuk tempoh setahun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, kadar baharu yang berkuatkuasa mulai 1 Mac ini hingga 29 Februari tahun depan membabitkan lima sektor iaitu pembuatan, perkhidmatan (restoran/pembersihan), pembinaan, pertanian dan perladangan.

Beliau menjelaskan bagi sektor pembuatan, perkhidmatan (restoran/pembersihan) dan pembinaan, kadar levi lanjutan tahunan yang diumumkan dalam pengumuman Belanjawan 2019 masing-masing adalah RM10,000 dan kadar baharu yang ditetapkan bermula 1 Mac ini adalah RM6,000.

“Bagi sektor pertanian dan perladangan kadar levi lanjutan tahunan yang diumumkan dalam pengumuman Belanjawan 2019 adalah RM3,500 dan kadar baharu yang ditetapkan bermula 1 Mac ini adalah RM2,000.

“Untuk pembantu rumah, levi sedia ada yang sama seperti sebelum ini dikekalkan tanpa perubahan,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan prihatin dengan cabaran yang dihadapi peniaga dan perusahaan dalam keadaan global yang tidak menentu.

“Oleh itu, Belanjawan 2019 mengesyorkan agar majikan boleh melanjutkan tempoh perkhidmatan pekerja asing mereka yang melebihi 10 tahun, untuk tempoh tambahan tiga tahun dengan menanggung pembayaran kadar levi bagi pekerja asing yang ingin dilanjutkan,” katanya.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...