Empat lelaki asyik sabung ayam dicekup





LIMBANG: Empat lelaki tidak sempat melarikan diri sebaik diserbu ketika asyik melakukan kegiatan sabung ayam di sebuah kawasan tanah lapang di Kampung Tanjong dekat sini Ahad lalu.

Dalam operasi jam 2.57 petang itu, semua suspek lelaki berusia dari 40 hingga 19 tahun dicekup sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Limbang.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata, kesemua suspek terkejut apabila kawasan sabung ayam itu diserbu polis.

“Hasil pemeriksaan mendapati kawasan terbabit didirikan seperti khemah yang dijadikan ‘port’ berjudi dan menyabung ayam,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, pihaknya juga berjaya merampas dua ayam hidup (ayam sabung), bangkai seekor ayam , seunit alat penimbang dan papan pertaruhan yang digunakan untuk berjudi.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan 1962.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...