Abang Johari rasmi lukisan mural di Lebuh India pada Rabu ini




'The Early Mercers' yang merupakan hasil tangan Leonard yang bakal dirasmikan oleh Abang Johari 20 Februari ini,

KUCHING: Lukisan mural menggunakan teknologi augmentasi realiti (AR), 'The Early Mercers' di Lebuh India akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersempena sambutan Festival Chap Goh Mei 2019 di Lebuh India, Rabu ini.

Hasil seni berukuran sekitar 30 kaki tinggi dan 50 kaki lebar itu oleh anak tempatan itu menggambarkan peniaga Cina dan India yang pertama membuka perniagaan khususnya tekstil di Lebuh India di sini.

Ahli Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Wee Hong Seng berkata ia merupakan antara mural yang terdapat di dalam kawasan pihak berkuasa tempatan tersebut.

"Kita mempunyai lebih daripada 15 lukisan mural dan yang akan dirasmikan oleh Ketua Menteri merupakan lakaran Leonard Siaw Quan Cheng anak watan Sarawak berumur 32 tahun.

"Beliau pada 2017 merupakan johan ‘Make Your Mark' Pertandingan Seni Jalanan Melbourne 2017," katanya pada sidang media Festival Chap Goh Mei 2019 di sini, hari ini.

Pada masa yang sama, pihak DBKU akan meletakkan lebih banyak mural yang menceritakan sejarah Sarawak secara berperingkat dengan bakat anak tempatan.

Antara lukisan mural lain yang boleh didapati di sekitar bandar raya Kuching adalah 'Symphony of The Tin Smith' di Lebuh China.-Utusan Borneo
 

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...