Tragedi solat Jumaat Christchurch: Polis New Zealand tubuh laman web bantu cari waris



Pihak berkuasa New Zealand akan menghubungi anda sebaik sahaja pendaftaran dibuat.


POLIS New Zealand menubuhkan sebuah laman web khas bagi orang ramai yang mahu mencari waris mereka yang hilang susulan insiden tembakan rambang di dua masjid di Christchurch.

Pihak berkuasa tempatan juga sedang berusaha untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai laman Restoring Family Links (RFL) di mana mereka boleh mendaftarkan orang yang hilang atau mendaftarkan diri mereka sebagai hidup.

Badan Palang Merah New Zealand juga telah diminta untuk mengaktifkan laman web berkenaan bagi memastikan keluarga mangsa mengetahui mengenainya.

Laman web RFL ditubuhkan bagi memudahkan mereka yang terlibat di dalam insiden berkenaan dari mangsa sehingga kaum keluarga dan rakan-rakan memaklumkan bahawa diri mereka atau mana-mana pihak yang berkenaan selamat.

Orang ramai juga boleh mendaftarkan waris mereka yang hilang.

Pihak berkuasa New Zealand akan menghubungi anda sebaik sahaja pendaftaran dibuat.

New Zealand Police

@nzpolice

 ·

7/9 …for their ongoing co-operation and we would like to reassure members of the public that a large Police presence will remain in the city for the time being. The safety of the community is our priority.


New Zealand Police

@nzpolice

8/9 Police wish to notify the public of the Restoring Family Links (RFL) website where people can register missing persons or register themselves as alive. People living in New Zealand can also register missing persons on 0800 115 019.


No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...