Powerlifting, Stephanie lakar sejarah rangkul perak





LAKAR SEJARAH: Stephanie melakar kejayaan membanggakan pada Kejohanan Powerlifting Asia Pasifik IPF 2019.

KUCHING: Atlet powerlifting Sarawak, Stephanie Ensol melakar sejarah tersendiri apabila merangkul perak pada Kejohanan Powerlifting Asia Pasifik IPF 2019 di Gold Coast, Australia pada 12 hingga 17 Mac lalu.

Kejohanan dunia itu disertai sejumlah 36 negara Asian dan Oceania.

Pada temasya tersebut, Stephanie menduduki tempat pertama dalam acara ‘bench press’ dan ketiga dalam acara squat.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perbadanan Sukan Sarawak (PSS) dan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) kerana menaja saya untuk menyertai kejohanan ini. Tanpa sokongan PSS dan MSNS sudah tentu saya tidak dapat turut serta.

“Tidak lupa jutaan terima kasih kepada jurulatih, Neil Pick dan ahli keluarga yang memberi sokongan padu kepada saya,” katanya di sini semalam.

Mula menyertai powerlifting empat tahun lalu sebagai wadah menurunkan berat badan, minat Stephanie terhadap sukan lasak itu semakin kuat dari hari ke hari.

Selepas menyertai pertandingan pertamanya empat tahun lalu dikenali Pertandingan GPA, atlet berusia 31 tahun kelahiran Kampung Remun, Serian itu enggan menoleh ke belakang dan mahu lebih serius dalam sukan tersebut.

Beliau menjalani latihan selama 12 jam setiap hari untuk menguruskan badan dan meningkatkan kekuatan badan.

Pada masa sama, Stephanie sentiasa berhati-hati dalam memilih penganjur dan mencari persekutuan yang benar-benar diiktiraf untuk bertanding.

Beliau memilih Persekutuan Powerlifiting Antarabangsa atau singkatannya (IPF) kerana persekutuan itu membenarkan atlet bertanding di peringkat antarabangsa membolehkan beliau mewakili Malaysia sebagai seorang atlet.

Stephanie datang dari keluarga bukan senang namun kecekalan dan keazamannya demi mengejar cita-cita sebagai atlet powerlifting terkemuka membolehkan beliau menggapai impian bertanding Kejohanan Asia Pasifik.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...