Peningkatan jumlah buaya cetus kebimbangan

PENINGKATAN jumlah buaya di Sarawak cetus kebimbangan. - NSTP


MARUDI: Kehadiran buaya di kebanyakan sistem sungai di Sarawak, termasuk Sungai Batang Baram memang bukan perkara asing.


Di Sarawak, enam kes serangan buaya direkodkan sepanjang tahun lalu, dengan dua daripadanya dilaporkan di Tinjar dan Bakong dalam daerah Beluru, di sini.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr. Penguang Manggil berkata, populasi reptilia itu dikatakan semakin meningkat, sekali gus mencetuskan konflik dengan manusia.

Katanya, perkara itu perlu diberikan perhatian kerana masih ramai penduduk kampung bergantung hidup kepada sungai untuk bekalan air, sumber makanan dan pengangkutan.

“Justeru, penting untuk kita mengetahui bagaimana mahu menghadapi situasi begini dan memahami dengan lebih mendalam mengenai haiwan ini.

“Ini juga bagi mengelak sebarang risiko serangan buaya, terutama ketika menggunakan sungai,” katanya ketika merasmikan Program Pendidikan dan Kesedaran Konflik Manusia – Buaya di Sarawak, di sini hari ini.

Turut hadir Penolong Pengarah Jabatan Hutan Sarawak, Engkamat Lading dan Pegawai Daerah Marudi, Mackos Sibong.

Penguang berkata, dengan adanya program seperti itu, ia dapat membantu memberi pendidikan kepada semua golongan masyarakat di Marudi, terutama sekali bagi mereka yang menggunakan sungai dalam aktiviti seharian.

“Kita berharap selepas ini kita akan lebih memahami dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak kejadian tidak diingini,” katanya.

Katanya, penyertaan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum turut diperlukan untuk sama-sama membantu memastikan keberkesanan program pendidikan dan kempen kesedaran itu.

“Mereka berperanan membantu menyampaikan maklumat penting kepada masyarakat setempat, terutama yang tinggal di sepanjang sungai agar tidak terbabit konflik dengan buaya,” katanya.-BH Online

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...