Kerajaan Pusat jamin beri pertimbangan khas



MENTERI Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bergambar bersama Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah dalam pertemuan pada Februari lalu. - Foto Melvin Joni

KUCHING: Kerajaan Pusat komited memberi pertimbangan khas untuk permohonan kewarganegaraan membabitkan 766 kanak-kanak dari Sarawak.


Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata pertimbangan khas mengikut Perkara 12A Perlembagaan Persekutuan itu diperlukan demi memastikan proses kelulusan tidak mengambil masa terlalu lama.

“Jaminan pertimbangan khas itu sudah diberikan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam pertemuan pada 22 Februari lalu. Kelulusan permohonan kewarganegaraan mengikut Perkara 15A memakan masa yang lama. Isu ini yang saya ketengahkan kepada Muhyiddin.

“Beliau sangat positif terhadap permohonan kami dan akan memberi pertimbangan khas ke atas isu ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Fatimah berkata, pertimbangan berkenaan termasuk permohonan dikemukakan sebelum 2016, iaitu sebelum jawatan kuasa khas ditubuhkan bagi menyelesaikan isu kewarganegaraan kanak-kanak di Sarawak.

“Masalah tiada dokumen pengenalan diri dan tidak tentu kewarganegaraan telah membelenggu begitu ramai anak Sarawak selama ini, termasuk dalam kalangan generasi baharu sekarang,” katanya.

Katanya, situasi tiada kewarganegaraan berlaku disebabkan anak yang dilahirkan sebelum ibu bapa berkahwin, ibu bukan warganegara dan kewarganegaraan anak mengikut ibunya.

“Statistik Jabatan Pendaftaran Negara mendapati sekurang-kurangnya 766 kanak-kanak di negeri ini tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan tidak berstatus warganegara Malaysia,” katanya.

Fatimah berkata, malah mungkin ramai lagi golongan kanak-kanak seperti itu yang tidak dapat dikesan, kerana terdapat ibu bapa yang tidak mendaftarkan kelahiran anak mereka dan tidak memohon sijil kewarganegaraan untuk mereka, terutama yang menetap di kawasan pedalaman.-BH Online

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...