40 maut, 20 parah serangan dua masjid di New Zealand



40 maut manakala 20 lagi parah dalam serangan bersenjata di dua masjid di Christchurch. - Foto AFP

CHRISTCHURCH: 40 maut manakala 20 lagi parah dalam serangan bersenjata di dua masjid di Christchurch hari ini, kata Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.

“Dapat saya jelaskan di sini bahawa insiden ini boleh dikelaskan sebagai serangan pengganas,” katanya.

“Apa yang kami tahu, ia kelihatan seperti sudah dirancang lebih awal.”

“Dua peranti letupan yang dipasang pada kenderaan penembak juga sudah ditemui serta sudah dimatikan,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...