Lelaki ditemui mati selepas tiga hari hilang




BINTULU: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Isnin dijumpai maut di dasar sungai, kira-kira dua kilometer dari Jambatan Kuala Tatau di sini, hari ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat mangsa yang dikenali sebagai Zainudin Lili, 46 tahun sekitar 11.30 pagi.

"Mangsa dijumpai di dasar sungai pada jarak dua kilometer dari Jambatan Kuala

Tatau dan disahkan meninggal dunia oleh pihak polis," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Katanya, bot Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang turut serta dalam operasi itu digunakan untuk membawa mangsa. 

Pasukan bomba membantu mengangkat mangsa dan membawanya ke jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Tatau sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. 

Operasi disertai enam anggota bomba yang diketuai Azman Hamid itu turut disertai polis, kastam, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung. 
Kehilangan mangsa disedari apabila tidak pulang ke rumah selepas keluar pada Isnin.

Susulan itu katanya, laporan polis telah dibuat oleh isteri mangsa keesokan harinya dan pihak polis yang menerima laporan menjumpai kereta mangsa berhampiran Jambatan Kuala Tatau.-UtusanBorneo
 

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...