Leka lerai komponen kereta curi tak sedar diserbu



 


BINTULU: Seorang lelaki yang sedang leka membuka komponen-komponen sebuah kereta disyaki curi dikejutkan dengan kehadiran polis di satu kawasan lapang Jalan Pesisir Miri-Bintulu, pada Isnin.

Bagaimanapun, sebaik menyedari kehadiran polis, suspek cuba untuk melarikan diri namun atas kecekapan dan tindakan pantas anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu, suspek berjaya diberkas. 

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili berkata, suspek diberkas dalam Operasi Lejang itu sekitar pukul 6.30 petang. 

Sebelum itu katanya, pihak polis membuat pemerhatian dan mendapati seorang lelaki sedang leka membuka komponen-kompnen sebuah kereta yang berada di kawasan tersebut. 

"Selepas beberapa ketika, pasukan polis membuat serbuan menyebabkan suspek terkejut dan cuba bertindak melarikan diri tetapi berjaya ditangkap," ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Zulkipli berkata, hasil semakan lanjut, polis mendapati kereta tersebut dilaporkan hilang pada 18 April tahun ini di tepi jalan kawasan Tanjung Kidurong.

"Pemeriksaan dalam kereta suspek yang merupakan warga tempatan berumur 35 tahun itu kemudiannya menemukan pelbagai alatan seperti sepana, pemutar skru, pisau, gergaji besi dan barang lainnya.

"Susulan itu barang terbabit telah dirampas dan dibawa ke JSJ IPD Bintulu untuk tindakan lanjut dan ujian air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamines," katanya.

Katanya, suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Bintulu untuk membantu siasatan.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...